BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 10, 2010

cupcakes collection ^_^

BEN10 collections

sangat sesuai dengan untuk kanak2 llaki..adaptasi dari siri kartun popular ben10..

Barbie's collections 
gurls pasti ske rekaan kek seperti ini..

Wedding's collections 
kepada bakal2 pengantin, bolehlah memilih rekaan ini untuk dijadikan cenderahati kepada para jemputan, sangat menarik & tertarik..^_^

Lover's collections
 berikan kepada pasangan anda pada hari bersejarah untuk anda berdua..tentunya tersentuh hati sidia...

Anniversary's collections
cantik tertarik untuk yang tersayang.........

Saturday, March 20, 2010

lu'lu'ah cup cakes ^_^

Salam..Kepada peminat2 cupcakes yang comel & menarik, lu'lu'ah memperluaskan lagi perniagaan dengan menawarkan tempahan cupcakes dengan harga yang berpatutan..perisa, design size boleh dipilih mengikut citarasa dan bajet pelanggan..sememangnya menarik hati sesiapa yang melihat..sesuai untuk majlis hari lahir, anniversary dll..pelanggan juga boleh memilih dan mereka design yang diingini..^_^

1) Type A (fondant cupcake)

- size besar (L) (souffle cup)
- perisa coklat / butter cake vanila 
- min order 16pcs
- harga RM4.80

2) Type B (fondant cupcake)

- size sederhana (M) (souffle cup)
- perisa coklat / butter cake vanila 
- min order 16pcs
- harga RM3.80


3) Type C (no fondant)
- size besar (L) (souffle cup)
- perisa coklat / butter cake vanila 
- min order 25pcs
- harga RM 1.50

4) Type D (no fondant)
- size sederhana (M) (souffle cup)
- perisa coklat / butter cake vanila 
- min order 25pcs
- harga RM 1.20


5) Type E (no fondant)
- size kecil (S) (souffle cup)
- perisa coklat / butter cake vanila 
- min order 30pcs
- harga RM 0.80

 * bungkusan 
1) tambahan RM0.30 untuk bungkusan individu
2) tambahan RM3.00 untuk safety box


* Special request
1) setiap tambahan perisa seperti choc chips, moist choc dll BOLEH DIRUNDING berdasarkan permintaan pelanggan..
2) kami juga turut menerima tempahan gubahan hantaran serta cenderahati untuk majlis seperti majlis pertunangan &  perkahwinan






    * Tempahan mesti dibuat 2minggu (14hari) sebelum tarikh majlis, bagi tempahan yang melebihi 50pcs 
    * Tempahan kurang daripada 50pcs boleh membuat tempahan 1minggu (7hari) sebelum majlis
    * Bayaran sebanyak 50% perlu dijelaskan selepas confirmation booking. baki 50% pula perlu dijelaskan 3hari sebelum penyerahan melalui akaun Maybank 101124198047 atas nama Nur Hafidatun Binti Hashim. pelanggan perlu menampilkan bukti pembayaran atau slip resit kepada luluahbeads@gmail.com sebagai bukti pembayaran kepada pihak luluah cupcakes..^_^






    Monday, March 15, 2010

    lu'lu'ah swarovski "anita"

    design 4 my 1st custmer..nk yg simple tp menggunakan semua jenis swarovski yg berwarna warni dan pelbagai size...hope she happy dengan perubahan yg i buat kt tudung die..blom sempat hantar kepada tuannya lagi coz cuti sek..hrp2 leh bg die asap..adk nmekn tudung nie sempena nama akak..tq k.nita ^_^


    Monday, March 8, 2010

    lu'lu'ah beads

    "Budak baru belajar"..itulah gamaran yang paling sesuai untuk sy..sebelum nie hanya tahu teknik yang mudah untuk diaplikasikan pada pakaian sendiri..ada yang bertanya sama ada saya ada mengambil tempahan atau tidak..bukan tidak mahu, tetapi kekangan masa semasa belajar membuatkan saya berfikir 100x..puas apabila jahitan kita menjadi pujian orang yang melihat..oleh itu, untuk memantapkan lagi skill dan mengetahui dengan lebih mendalam teknik-teknik yang baru, bergurulah saya dengan cikgu RJ..memang kagum melihat hasil sentuhan beliau..selamat menjamu mata kepada kawan2 semua..dan jika berminat bolehlah berhubung dengan saya..^_^

    Sunday, March 7, 2010

    Korean Hot Fix RhinestoneS

    Selain manik atau swarovski, anda juga boleh memilih alternatif lain untuk mencantikkan pakaian atau tudung anda iaitu dengan pelbagai corak dan pilihan korean hot fix rhinestones..hanya pilih corak yang anda mahukan dan pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih untuk mencantikkan lagi pakaian anda..mesti nampak "bling2" hehe..harga yang ditawarkan oleh "lu'lu'ah beads & swarovski memang berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa..malah pakaian kanak-kanak dan golongan lelaki juga boleh diper"bling2"kan..^_^


    pakaian bercorak mahupun yang kosong boleh diserikan kembali..cantik bukan..pilihlah satu untuk anda dan keluarga. harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan (below rm40) *bergantung kepada rekaan...^_^

    tudung swarovski..

    menambahkan seri tudung yang kosong supaya lebih nampak menarik..pelbagai pilihan warna swarovski yang boleh dipilih dari pelbagai saiz mengikut citarasa anda..^_^

    lu'lu'ah swarovski




    Pelbagai swarovski pelbagai warna dan saiz yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harga serendah rm0.20 - rm1.50sebiji..boleh ditampal menggunakan mesin khas (steam press) pada tudung, baju, tshirt or seluar jeans anda...^_^

    lu'lu'ah beads & swarovski

             Assalamualaikum semua...terima kasih kerana sudi melawati laman blog saya..atas minat yang mendalam dalam bidang dunia fesyen wanita yang sangat meluas, saya mula memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk bersama-sama berkongsi idea bersama rakan-rakan semua..minat terhadap manik dan swarovski sudah lame..bahkan kami adik beradik sunggup bersengkang mata pada malam hari raya  setiap tahun untuk mencantikkan baju kami..hehehe..dan semestinya baju itu akan menjadi tatapan saudara-mara..^_^..oleh itu, saya mula berguru dengan wanita yang tidak asing lagi dalam dunia manik iaitu " Puan Rosita Jaafar" yang sememangnya sifu dalam dunia manik ini untuk mengetahui lebih mendalam cara yang betul dan teknik2 yang betul untuk memantapkan skill yang biasa2 jerk sblm nie..hehe..tq cikgu!!

            Swarovski sungguh menarik minat saya kerana dengan kehadirannya tudung mahupan pakaian yang kosong tampak sungguh "glamour"..almaklumlah nak beli yang readymate harganya sungguh mahal...(mungkin itu juga yang difikirkan oleh rakan-rakan semua)..oleh itu, saya dengan my sis mula memikirkan cara bagaimana untuk menawarkan perkhidmatan ini dengan harga yang murah dan berpatutan..tentu ramai yang teruja dan mahu kelihatan "glamour" tapi dengan hanya kos yang murah dan berpatutan..memang berbaloi2....(pinjam ayat cel)..

           Korean Hot Fix Rhinestones juga bleh menjadi alternatif lain untuk memberikan impak "bling2" kepada baju, tshirt, tudung, mahupun sluar anda...terdapat pelbagai corak dan warna yang boleh dipilih dengan harga yang sangat berpatutan!!.."selamat mencuci mata" dan jika berminat boleh email luluahbeads@gmail.com mahupun mesej k no sye 017-7876106..segala pertanyaan anda akan dilayan dengan penuh mesra..tq ^_^